Wednesday, February 5, 2014

Rekod Masa Trans Batu 2014

Rekod Masa Trans Batu 
Gunung Batu Bujang (6535 ft) & Gunung Batu Putih (6994 ft).
18 - 21 Januari 2014

SRC
21 peserta
15 lelaki
6 perempuan

Jumaat 17 Januari 2014
0900 - Bertolak dari KL Sentral menaiki Tren ETS ke stesen Tapah Road. *Tiket tren : RM21

Sabtu 18 Januari 2014
0030 - Stesen KTM Tapah Road. *Ruang luar boleh digunakan untuk bermalam.
0200 - Prepare breakfast and lunch.
0500 - Breakfast.
0620 - Jalan keluar dari KTM ke perhentian bas. *Bas first ke Terminal Bas Tapah tiba pada 0630
0630 - Bertolak ke Batu 7 menaiki bas. *Atas budi bicara pemandu bas, beliau bersetuju untuk menghantar kami terus ke Batu 7 dan menjemput kami setelah selesai XPDC. Nama bas Express Kurnia Bistari.
0730 - Tiba di Batu 7, HQ Rimba Bara untuk menaiki 4WD. *Contact number Rimba Bara 4WD :
0820 - Perjalanan menaiki 3 buah 4WD ke starting point, Kampung Bot. *Jalan tar yang berbukit tinggi.
0915 - Starting point. Kampung Bot. *Empangan Bot sebagai landmark.
0950 - Start Trekking. *Kawasan kampung orang asli. 15minit trekking akan jumpa jambatan buluh menyeberangi sungai. Ikut simpang kiri selepas jambatan.
1130 - First water point. *Anak sungai.Trek lereng bukit, Terdapat banyak jerat orang asli disepanjang trek.
1500 - Last water point sebelum bermalam di Rumah Batu. *Anak sungai yg lebih besar dari first water point. Lunch, masak nasi untuk dinner dan breakfast hari kedua untuk meminima penggunaan air di Rumah Batu. Bawa air yg secukup nya untuk ke Rumah Batu memandangkan trek hari kedua kurang water point sehingga ke Puncak Batu Putih.
1720 - Start Trekking ke Rumah Batu.
1800 - Rumah Batu (Gua). *Campsite untuk hari pertama. Boleh memuatkan sehingga 25 orang. Fly tidak diperlukan kerana Rumah Batu adalah gua. Sebelum tiba di Rumah Batu kita dapat saksikan pondok orang asli yang sangat unik di sebelah kanan trek. Jarak diantara Rumah Batu dan last water point adalah lebih kurang 30 minit. Suhu di kawasan Rumah Batu sudah mula rendah dan ketika kami bermalam disana angin bertiup kencang.
1900 - Prepare for dinner.
2100 - Dinner dan Tidur.

Ahad 19 Januari 2014
0630 - Solat
0700 - Prepare for breakfast and lunch.
0800 - Breakfast.
0950 - Start Trekking ke Puncak Batu Dara. *Hari kedua bertindak sebagai Team Sweeper
1050 - Puncak Batu Dara (4747 ft). *Superb 360 view
1030 - Start Trekking. *Trek berlumut dan kawasan buluh
1320 - Puncak Batu Bujang (6535 ft). *Lunch dan solat
1430 - Start Trekking ke Gua Batu Nipah. *Ikut trek belah kanan sekali ke bawah dan perhatikan kesan takik pada pokok, trek licin dan tanah habis dibajak.
1630 - Gua Batu Nipah. *Water point. Air celahan batu.
1700 - Start Trekking ke Batu Putih.
1800 - Water point. *Sebelah kiri trek, ditanda dengan botol plastik, anak sungai, 10 minit untuk turun
1840 - Start Trekking. *Trek pacak, banyak balak tumbang, banyak laluan yang memaksa kita untuk merangkak, Night walk
1930 - Stop Trekking. *Magrib
1940 - Start Trekking.
2040 - Puncak Batu Putih (6994 ft). *Campsite untuk hari kedua. Boleh memuatkan sehingga 25-30 orang. Suhu yang rendah.
2130 - Dinner dan tidur.

Isnin 20 Januari 2014
0700 - Solat.
0730 - Breakfast.
1115 - Start Trekking. *Ikut Trek terus ke bawah. Sorang injured.
1230 - Simpang Air Terjun Terbunuh. *Trek pacak untuk ke air terjun, 10 minit untuk kebawah, sebelah kanan trek, Turun ambil air, Lunch
1340 - Start Trekking.
1500 - Puncak Batu Kak. *Viewpoint yg menarik
1530 - Start Trekking. *Turun naik 2 3 buah bukit
1630 - Simpang Gua Azan. *30 minit dari simpang
1730 - Kem Balak 2. *Water point 2minit dari campsite, anak sungai. Boleh memuatkan 30++ orang. Suhu meningkat
1900 - Prepare for dinner.
2030 - Dinner dan tidur.

Selasa 21 januari 2014
0630 - Solat.
0700 - Breakfast.
1000 - Start Trekking. *Trek pacak menurun, hutan Bertam berduri
1030 - Kem Balak 1
1130 - Lintas Anak Sungai.
1245 - Sungai Y. *Titi panjang menyeberangi sungai, pertemuan dua sungai, Lunch, laluan orang asli
1430 - Start Trekking ke finishing point *sedikit berbukit dan landau
1500 - Kampung Kuala Woh (Finishing point). *tunggu 4WD
1600 - Hutan Lipur Kuala Woh. *bersiap
1700 - Bas sampai. *Bas yang sama semasa sampai di Tapah Road
2020 - Dinner di Intan Tom Yam Tapah.
2200 - KTM Tapah Road.
2315 - Post Motem

Rabu 22 Januari 2014
0345 - Bertolak dari stesen Tapah Road menaiki Tren ETS ke stesen KL Sentrel. *Tiket tren : RM21

0700 - Stesen KL Sentral. Solat. Bertolak ke haluan masing2.

Sunday, December 29, 2013

Menabung.

1 hari lagi menuju tahun baru. Cuba check balik azam korang? Aku dah check seminggu lepas. Puas jugak perah kepala nak ingat. Takde pulak aku calit katmana-mana. Aku rasa ada banyak, tapi satu je aku ingat.
Azam aku tahun ni nak ada wang simpanan sendiri. Tercapai jugak. Xde lah beribu adelah dua tiga sen. Baru nak mula menabung. Terima kasih tuhan.

Salam 05.

Friday, December 27, 2013

Rekod Masa Rentis Gunung Telapak Buruk & Gunung Berembun.

The Team.

Kem Deligasi UTM 2013
14 - 15 Disember 2013

TREX SRC SRM TEAM-5 A-TEAM MARC
16 Pendaki
11 Laki-laki
5 Wanita

Sabtu 14 Disember 2013
0600 - Pekan Pantai (Solat Subuh)
0630 - Breakfast dan bertolak ke starting point.
0900 - Starting point (Jelebu). Trek jalan tar. Ada water point half way.
1210 - Puncak Telapak Buruk (3913 ft). Lunch.
1430 - Trekking ke B-24 (3.1 KM). Trek hutan.
1620 - B-24. Bangkai pesawat B-24 Liberator (1945). Solat. Water point. 
1740 - Trekking ke Gunung Berembun (4.9 KM).
1950 - Puncak Berembun (2263 ft). 
2100 - Dinner. Solat.
2400 - Selamat malam.

Ahad 15 Disember 2013
0645 - Solat.
0800 - Breakfast.
1045 - Trekking ke air terjun. Trek licin. (5.6 KM ke finishing point)
1200 - Gua Kambing. Water point.
1320 - Air terjun. Lunch.
1615 - Trekking ke Loji Rawatan Air Pantai (Finishing point).
1715 - Loji.


Campsite Berembun.
Puncak Gunung Berembun.
Bersama panji CLC.


TREX.

Gua Kambing.

Posing sebentar bersama kit-kat.

Team Sweeper.
Salam 05.