Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan 2011

Ceritera kali ini membawa kau ke alam Ramadhan.


Dah 10 Ramadhan.Tercari-cari ruang betulkan diri.Ramadhan kali ini kelihatan banyak dicurahkan pengajaran.


aku belajar.


terima kasih tuhan !
20 malam.Pasti ada lagi yg tersembunyi buat aku.
Ghairah aku nantikan.


Cukup 10.Harapnya tuhan terima segala amalan.
tapi aku memang tipikal.


*pause


solat 5 waktu pn kantoi


*unpause


Apa boleh buat?aku lalai.aku alpa.
Sempurna sememangnya xwujud pada manusia biasa.
*bukan itu alasan nya syamil ! bukan itu sebabnya kau leka hendak tunduk pada tuhan !


Dongak ke angkasa.Lihat bintang.Lihat bulan (jika ada)
Kosongkan minda.Muhasabahkan diri kau.


p/s : jgn buat time tengahhari.nanti silau mata kau aku xtanggung.haha




Sini aku nak kongsi beberapa dari ribuan hadis Ramadhan.



Barangsiapa berbuka puasa sehari tanpa rukshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup meskipun dia melakukannya. (HR. Bukhari dan Muslim)




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

Riwayat Bukhari dan Muslim






Moga lengkap puasa aku dan engkau kali ini.
Hias juga dgn amalan sunat nya.


Bismillah , Sahaja aku puasa bulan Ramadhan kerana Allah.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Masih belum terlambatkah? 

*pause

Lambat lah!dah sepuluh hari puasa.

*unpause

Terimakasehdaonkeladi. :)






Saturday, May 28, 2011

Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya 2011

27 - 29 Mei 2011
 Ceritera kali ini, berkisar Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya.
Gah bunyi nya?Adakah sekadar indah khabar dari rupa?
Untuk kepastian itu, aku dan dua orang rakan telah memutuskan untuk meninjau keadaan disana.
Pengembaraan ke Putrajaya dari Seremban yang sepatutnya bermula pada pukul9 pagi tertunda sehingga pukul2 ptg angkara musibah yang tidak dapat dielakkan.
Namun itu tidak membantutkan rancangan kami.
Berbekalkan motosikal berkuasa kuda (haha) kami menyusuri highway PLUS menuju ke Putrajaya.


Kami ialah Powerpuff Boys :)


Ternyata himpunan ini indah khabar dan indah juga rupanya.Golongan belia bakal hulubalang pemerintah kerajaan kelihatan disana sini menjayakan himpunan ini.
Dari futsal, cubprix, sukarelawan, bungee jumping, battle of the band, cheerleading, ragbi, hinggalah ke ciptaan inovasi semua terhidang di bawah satu bumbung Putrajaya.Tidak ketinggalan konvoi2 dari kereta mewah, motosikal 500 kuasa kuda hingga lah ke basikal,
Meriah !
Perkataan yang boleh dilihat dimana anda berada di Putrajaya pada ketika itu.
Aku sempat mengambil beberapa keping gamabr sebagai kenang kenangan.






Bendera.

Fly troopers turut memeriahkan.

di hadapan Istana Kehakiman.

 
Sasuke Malaysia.





Pameran Tentenra Darat.
Antar booth yang ada.

Kebanggaan Putrajaya Palace Of Justice :)
Perhatikan langit di belakang :)



Hampir seharian kami menjelajah Putrajaya.Pelbagai karnival dan pameran tersaji.
Penat cuci mata.
Penat jalan kaki.
Penat berfoya-foya,
Penat segala,
Tibalah masa untuk membawa diri pulang ke tanah air :)

Sekian
Terimakasehdaonkeladi :)

P/s : Double click untuk tumbesaran gambar.

Motosikal berkusa kuda :)

Thursday, May 26, 2011

Ada apa 24 Mei?

Ceritera kali ini berkisar tentang tarikh keramat 24 Mei.Mungkin bagi kalian2 diluar sana tarikh tersebut nampak biasa dan xmemberikan ape-ape makna dalam kehidupan seharian kalian.Namun bagi aku, tanggal 24 Mei setiap tahun adalah yang dinantikan.Seribu memori indah berlegar di ruangan minda ku.Yang pahit telah aku bungkuskan dan aku campakkan jauh ke angkasa lepas, moga sampai ke Utarid agar hangus terbakar bersama gas-gas disana.Aku di Bumi hanya tersenyum sendirian memerhatikannya.Detik pertama bermula di sebuah dewan yang lebih dikenali sebagai dewan kuliah.Disitu aku hanya sendirian melihat gelagat kawan-kawan mengawal majlis agar berjalan seperti yang dirancang.Tiada disangka dalam pemerhatian rupanya aku diperhatikan.

24mei.


 Masa berputar pantas dan tanpa aku sedari diri ini telah meninggalkan satu zaman di mana kita semua pasti akan kenangkan, zaman sekolah.Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar tersimpan seribu memori silam.Disini bermula segalanya, disini aku mendalaminya, disini aku memahaminya, disini persepsiku berubah, disini aku mengenali dunia yang pancaroba.Seribu coretan indah tercipta pabila bersama.

Sebuah sekolah di Terengganu.(terlupa)

Kelab Badminton TTJ.Aku selaku pengerusi dan dia naib pengerusi.
Tidak disangka pertemuan yang singkat itu berjaya mencipta satu empayar kisah romantis.Perbualan antara mata ke mata, jatuh ke hati.Dek kerana keindahan wajah dan kehalusan layanan, memukau aku.Terkadang aku tersenyum sendirian terkenang kerenah kebudakkan dan telatah nya.

Namun,

Terdetik di benak aku,
persoalan yg kerap berlegar,

layak kah aku memilikinya?
layak kah aku mengempunyakannya?

andai layak?
satu pinta aku,
kepada yang maha Esa,

 pelihara lah hubungan ini,
jauhkan nya dari dinoda,
aku hanya kudrat tak berjasad terkadang alpa dengan godaan,

sesungguh nya kasih sayang aku tercipta baginya.

   
1 Jun 2008.

motif?


Dinner terakhir di TTJ.

2011