Minggu pertama Januari 2012 sememang sibuk. Ujian dan assignment semacam mencemburui aku. Mereka semacam xmemberi aku peluang untuk mengecap bahagia tahun baru itu sepuasnya.
*pause
ade ke bahagia tahun baru? hewhewhew
*unpause
Tapi biasa lah kita-kita ini, kalau setakat assignment mesti xkan sah tanpa ada unsur plagiarisme lagi-lagi kalau di waktu-waktu genting bila dilaksanakan pada saat-saat akhir. Aku memang jenis yang macam ini. Cuma terkadang muncul keajaiban bila mana aku mampu menyudahkan assignment awal dari deadline yg ditetapkan pensyarah. Tapi sayang hanya untuk Autocad sahaja.
Tutup mata kau.
Mari kita rentas terowong masa.
Mari kita selam suka duka yg lepas.
Mari kita selam pahit manis yg lepas.
Bukan untuk berduka bukan juga bersuka-suka tersenyum sendiri, tapi mari kau dan aku fikirkan sesaat.
Apakah cerita itu sudah cukup memenuhi azam kita ? Maksud aku azam tahun sebelum ? Adakah matlamat sudah dicapai ?
Kalu sudah, tahniah kalau belum jangan mengalah. Perjuangkan. Aku persetankan manusia yg xpunya azam, yg memandang azam itu sekadar perkara tipikal untuk tahun baru yg mana tiada nilai estetika bagi mereka. Bagi aku azam itu indah. Manusia yg berazam pasti punya aura penuh semangat untuk terus berjuang dalam medan kehidupan ini.
Tahniah buat mereka yg punya azam.
Bagi yg belum aku gesakan kau cari lah walaupun satu.
*contoh
kumpul 20 sen sehari untuk 2012, berus gigi 3kali sehari, kurangkan surf porno dan sebagainya yg kau fikirkan wajar untuk perbaiki diri kau. Azam 2012 aku nanti aku cerita entry lain.
Sekali lagi,
Selamat tahun baru,
Selamat pasang azam baru.
No comments:
Post a Comment