Entry kali ini aku mahu ceritakan pengalaman pertama aku
berkonvoi motosikal lama, vespa “Old Bugs Never Die”. Destinasi di tuju Bandar
Diraja Kuala Kangsar Perak. Bermula dari tanah kelahiran aku Seremban. Event
diberi nama Karnival Vespa, Lambretta dan Motor Klasik Internasional. Lebih
popular dikalangan penunggang vespa dengan panggilan Kuale. Event Kuale
sememangnya menjadi idaman bagi kami-kami ini. Kebiasaan berlangsung pada bulan
April sehingga terlahir satu frasa kata “ingat April ingat Kuale” namun atas
beberapa sebab event Kuale tahun ini ditunda pada bulan Jun. 2 Jun 2012.
Hentian pertama di Rawang. |
Kembara ke Darul Ridzwan bermula jam 6 petang Jumaat 1 Jun 2012. Sebanyak lima biji vespa bergerak
dengan kelajuan normal berbekal kan semangat sehangat api serta disuntik
sedikit dengan keazaman yg jitu. Kami-kami ini masing-masing nya mahukan
kejilakaan itu dijauhkan sepanjang kembara. Syukur kembara dilindungi tuhan
semeta alam. Lebih kurang 7 jam meredah lebuhraya membelah bayu malam.
Terkadang itu terasa gigitan mesra bayu tersebut tepat ke tulang-temulang. Sejuknya
bayu tersebut belum cukup memadamkan hangat nya semangat kami walau sedikit.
Malah rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal sendi jugak tidak cukup mematahkan
semangat itu. Kami tekad. Percaya lah.
Perhentian terakhir Sungai Siput barangkali. |
Dan sampai ke tapak karnival. |
Bercerita tentang hari event. Satu perkataan yg aku rasa
paling tepat adalah liar. Ya, liar. Suasana disana tidak lekang dengan
deruman-deruman tabung ekzos dari jentera-jentera yg hadir. Bagi newbie macam
aku memang gayat jakun lah jawapan nya cuma aku seboleh nya cuba berlagak macho
di hadapan hadirin yg hadir. Keinginan nafsu aku jelas berbayar disini. Setelah
lama dipendam. Pelbagai jenis jentera-jentera lama yg lahir sebelum aku sendiri
jatuh ke planet bumi ini berhimpun. Puas. Berusia puluhan tahun masih lagi
gagah di jalan raya. Syabas. Anak muda sehingga lah ke generasi atuk-atuk aku
dari seluruh pelusok tanahair berkumpul mempamerkan kegagahan jentera
masing-masing. Bertukar-tukar idea. Berjumpa mungkin setahun sekali ini sahaja.
Event turut disertai dari negara jiran Thailand. Seribu kenangan terpatri di bandar di raja Darul Ridzwan. Panjang umur tahun depan kita berjumpa lagi.
Sebahagian dari nya. |
Jogetkeras. |
Aleq. |
Si kembar juara. Tempat ketiga ketegori ubahsuai. Tahniah. |
Si kembar yg memukau. Kelajuan di luar batasan. |
Ps150 yg kemas. |
Rally 200 di sembur lukisan. |
Lambretta milik Ironman. |
Kombinasi warna yg menggamit memori. |
Kuale kangsor. |
Enduro 125. Gila-gila remaja. |
Antara jentera klasik yg menarik perhatian. |
Kombi kuning idaman, Suatu hari kau milik aku. Tekad. |
Volkswagen. Old Bugs Never Die. |
Spisis rare kepala bana. |
Selamat sampai di seremban.syukur. |
Inilah jentera aku. Ps150. Pelan-pelan kayuh. |
No comments:
Post a Comment