Papann tanda kemenangan. |
16 Jun - 22 Jun 2012
21 Pendaki
18 Lelaki
3 Wanita
Sabtu 16 Jun 2012
2030 - Tiba pada waktu nya di KL Sentral dari Seremban. Naik Senandung Wau terus pecut ke Kuala Lipis.
Ahad 17 Jun 2012
0010 - Stesen KTM Gemas. Aku terasa seperti berada di zaman asing. Masih mengekalkan seni bina lamanya. Kagum.
0630 - Stesen KTM Kuala Lipis. Tidak jauh beza seperti stesen Gemas. Klasik.
0700 - Keretapi shuttle ke Merapoh.
0730 - Stesen Merapoh. Kabus sederhana tebal kelihatan sehingga jam 0800 disini. Pembangun masih asing di Merapoh.
0830 - Diangkut 4WD ke Pejabat Taman Negara Pahang Sungai Relau.
0900 - Pejabat TNP Sungai Relau dan terus dikerah untuk declare setiap barangan yang dibawa.
1100 - Sekali lagi diangkut 4WD ke "starting point" Kuala Juram. Menyaksikan Ikan Kelah di Santuari Kelah.
1120 - Makan tengahhari *lunch pack*
1230 - Kembara melalui Rentis Gunung Tahan bermula. Meredah 4 sungai. Destinasi pertama Kuala Luis 5km dihadapan.
1355 - Kuala Luis. Ketinggian 306m. Ambil nafas. Kering peluh. Mara terus ke Lata Luis 6km ke depan.
1610 - Lata Luis. Ketinggian 558m. Air terjun yang sangat indah. Tinggi nya mungkin 30m. Keinginan untuk mandi terpaksa ditangguhkan. Cuma sempat bergambar sebagai memori. Mara lagi 2.5km ke hadapan untuk ke Kem Kor.
1700 - Kem Kor. "Ground sheet" dibentang "Fly sheet" dipasak. Bersedia untuk bermalam di sini.
1800 - Mandi. Nyaman air sungai tak tercemar.
1930 - Mula memasak. Bantu apa yang boleh.
2130 - Makan malam. *Nasi, sambal ikan, kobis masak lemak*
2200 - Selamat malam Kem Kor. Lena.
Isnin 18 Jun 2012
0700 - Selamat Pagi Kem Kor. Dingin.
0800 - Sarapan pagi. *Kuey tiaw goreng*
0900 - Kembara hari kedua bermula ke Permatang 2.5km ke depan. Bukit "Good Morning".
0950 - Permatang. Ketinggian 874m. Kembara diterus ke Kubang 3.5km di depan. Bukit taubat. Trek yang "super" pacak tapi dibantu dengan tiupan angin yang nyaman. Kaki dan tangan dikerah sepenuh nya.
1220 - Kubang. Ketinggian 1406m. Angin bertiup sedikit kencang disini. Suasana dingin sesekali mengigit tulang-temulang. "Sweater" disarung bagi menghangatkan jasad sementara menunggu mereka yang lain tiba.
1310 - Makan tengahhari. *Nasi impit, Sambal daging*
1445 - Setelah kesemua ahli kumpulan tiba kembara diteruskan ke Belumut. 1.5km dari Kubang. Dalam perjalanan kelihatan seekor ular hijau berkepala seakan segi tiga bermata merah.
1520 - Belumut. Ketinggian 1705m. Seperti nama nya. Persekitaran disini seakan ditumbuhi lapisan lumut hijau yang indah.
1545 - Kembara 5.5km ke Kem Bonsai. Pacak.
1750 - "Viewpoint". Dari sini kita boleh melihat puncak Tahan dengan jelas. Indah.
1935 - Kem Bonsai. 1705m ketinggian nya. Oleh kerana beberapa ahli kumpulan mengalami kecederaan maka plan awal untuk turun ke Kuala Tahan dibatalkan. Turun Kembali ke Merapoh. Memandangkan hari sudah gelap jadi kami mencapai kata sepakat untuk bermalam di Kem Bonsai.
2100 - Makan malam. Terpaksa makan roti dengan lebihan makanan tengahhari kerana tiada sumber air berdekatan dengan Kem Bonsai. Bekalan air ahli kumpulan juga terhad. Bintang dilangit hilang menandakan hujan mungkin turun. Kawasan tadahan air diwujudkan. Mungkin boleh menampung bekalan air untuk pagi esok.
2230 - Selamat malam Bonsai. *Hujan*
Selasa 19 Jun 2012
0730 - Selamat pagi Bonsai.
0800 - Sarapan pagi. *Biskut bersama air panas hasil dari tadahan hujan*
0830 - Berkemas.
0900 - Kembara ke sejauh 3km ke Kem Botak. Tiada kata yang mampu menterjemah keindahan pemadangan sekitar ke Kem Botak. Subhanallah. Flora seperti periuk kera menghiasi lagi. Perjalanan menjadi lambat kerana sibuk mengambil gambar kenang-kenangan.
1020 - Kem Botak. Ketinggian 1943m. Syukurr kepada tuhan terdapat sumber air disini.
1200 - Mula memasak.
1300 - Dikesempatan ini aku mandi air yang seakan bertakung dalam sebuah telaga besar yang tak pernah kering. Seharian tidak mandi semalam. Dingin air masih terasa walaupun matahari betul-betulk hangat diatas. Cuaca di Kem Botak tidak menentu. Terkadang panas terkadang sejuk.
1500 - Makan tengahari. *Nasi lemak, sambal sardin, ikan bilis goreng*
1700 - Kembara ke puncak. Momen ini yang paling ditunggu. Terasa tidak percaya tapi itulah realiti. Perjalan sejauh 2.5km yang penuh santai. Tak mahu ketinggalan satu momen bahagia mendaki ke puncak ini. Dan tanpa diduga perut aku meragam buat pertama kali nya. Sepantas kilat aku memecut kedepan dan melepas kan hajat. Mujur semuanya lancar.
1800 - Puncak Gunung Tahan. Ketinggian 2187m dan bersuhu 19 darjah celcius. Bagai mimpi jadi nyata. Terkesima aku melihat indah nya ciptaan tuhan. Penat lelah hilang. Sakit lebam sembuh. Ritual mengambil gambar memang satu kewajipan.
1900 - Sedih bercampur bangga meninggalkan puncak Tahan. Sementara menurun puncak sempat juga aku melayan tenggelam nya sang mata langit yang satu.
1950 - Kem Botak.
2100 - Pertama kali aku diajar bermain permainan kad. Aku sungguh teruja belajar.
2130 - Ahli dapur mula memasak.
Dalam perjalanan menuju kejayaan. |
Rabu 20 Jun 2012
0000 - Makan malam. *Ayam masak merah, acar nenas, papadom*
0010 - Selamat malam Botak.
0830 - Selamat pagi Botak.
0900 - Berkemas.
1130 - Sarapan pagi.
1230 - Kembara turun ke Kubang.
1245 - Bonsai.
1300 - Kembara ke Viewpoint.
1345 - Viewpoint.
1500 - Kembara ke Kubang bersambung.
1605 - Belumut.
1615 - Kembara turun ke Kubang diteruskan.
1715 - Kubang. Membina penempatan sementara untuk bermalam disini.
1800 - Kembara ke "water point" Kubang. Dua bukit di depan. Pacak. Kaki luka semasa perjalanan balik terpijak akar tajam.
1910 - Sesi memasak malam ini diketuai oleh Cheff John. Cekap. Kpi beliau tercapai.
2030 - Makan malam. *Telur kicap, sup sayur, ikan masin*
2200 - Selamat malam Kubang.
2345 - Terjaga dari lena kerana hujan. Terpaksa buat aliran air hujan bagi mengelakkan khemah banjir.
Khamis 21 Jun 2012
0800 - Bangun.
0930 - Sarapan. *Spaghetti, Sup cendawan*
1030 - Kembara turun ke Kuala Juram.
1135 - Permatang.
1140 - Kembara ke Kuala Juram diteruskan.
1230 - Kem Kor.
1315 - Air terjun Lata Luis. Sempat melepaskan hajat yang tak tercapai sebelum ini. Berendam. Makan tengahari. *Nasi goreng*
1400 - Kembara ke Kuala Juram diteruskan.
1530 - Kuala Luis. sekali lagi aku mengambil kesempatan untuk bermandi mandi.
1605 - Kembara ke Kuala Juram bersambung. Perjalanan hanya berbaki 6km untuk sampai ke 'starting point'. Gembira nya hati.
1650 - Kuala Juram dengan selamat nya. Syukur.
1900 - Mandi.
2000 - Chef John sekali lagi mengambil alih dapur bersama Kak Rose untuk memasak.
2115 - KPI berjaya. Makan malam. *Sardin kicap, ikan masin goreng cili api, sup kentang, telur dadar masak merah* mewah makan malam terkahir.
2300 - Main declare.
0000 - Selamat malam Kuala Juram.
Jumaat 22 Jun 2012
0800 - Selamat pagi Kuala Juram.
0900 - Sarapan pagi. *Meehoon sup*
0930 - Berkemas sambil menunggu 4WD sampai.
1030 - Diangkut 4WD terus ke Pejabat Taman Negara Pahang Sungai Relau.
1100 - Pejabat TNP Sungai Relau. Declare barang. Cas telefon bimbit. Bertukar-tukar nombor telefon. Tidak kurang juga Facebook.
1230 - Diangkut 4WD ke perhentian bas yang terdekat. Merapoh
Memperkenalkan rakan seperjuangan. Shafiq. |
Aku percaya tiada seorang pun yang singgah ke entry kali ini akan membaca se “detail” setiap jam yang aku catatkan. Tak mengapa. Aku cuma mahu berkongsi pengalaman. Sejak dari bangku sekolah lagi aku dah bercita-cita untuk sampai ke puncak Tahan. Syukur tuhan makbulkan.
Kos trip ini adalah hasil daripada wang kerja aku semasa cuti semester. Dan boleh aku katakan ini lah pelaburan wang gaji yang paling berbaloi sepanjang hidup aku.
Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba dari Taman Negara Pahang. Membentuk karakter aku sedikit demi sedikit. Mungkin pada awal kembara aku sedikit kekok untuk bercampur dengan ahli kumpulan yang lain namun aku berjaya atasi nya. Syukur mereka boleh menerima kehadiran budak mentah ini kedalam dunia mereka. Kenalan baru bertambah. Manis. Terima kasih semua untuk perkenalan ini. Moga kita berjumpa lagi di lain trek jika diizin tuhan.
Walaupun perancangan untuk turun ke Kuala Tahan terbantut namun aku tetap gembira. Mungkin tuhan dah tulis rezeki aku kali ini setakat itu. Tapi aku berjanji suatu hari nanti aku akan cuba laksanakan impian itu. Dan walaupun berlaku sedikit konflik diantara ahli kumpulan dengan pihak penganjur namun ia tidak mencacatkan langsung misi utama aku selama hampir seminggu disana.
Kepada pihak penganjur diharap dapat meneliti semula dimana kurangnya. Mungkin mereka lebih arif berbanding budak baru macam aku. Pada pandangan aku menitikberatkan hal-hal yang mungkin dianggap remeh itu perlu demi menjaga keharmonian sesebuah kumpulan itu. Muafakat dan komunikasi yang baik penting bagi aku untuk program-program yang melibatkan satu komuniti manusia yang baru sahaja mengenali antara satu sama lain.
Dua perkara yang aku kurang berpuas hati dengan trip kali adalah berkaitan dengan pengurusan masa sepanjang trip dan juga pengurusan kewangan. Kos asal trip yang berjumlah RM388 yang aku jangkakan sememangnya sudah lebih cukup untuk perbelanjaan namun terpaksa ditambah lagi dengan RM47. Bagi seorang mahasiswa seperti aku perkara ini memberi beban walau jumlah yang ditambah tidak sebesar mana. Kebanyakkan ahli kumpulan juga tidak berpuas hati dengan kos yang ditambah ini. Harapan semoga penganjur dapat membaiki kesilapan dan merancang dengan lebih baik pada masa depan. Kerana kepuasan hati itu akan meninggalkan cerita yang manis. Dan harapnya pihak penganjur tidak terasa hati dengan komen yang membina ini. Sama-sama lah baiki. Apa-apa pun puncak Tahan telah ku tawan. Syukur !
Terima kasih Shafiq, Kak Rose, Abang John, Abang Syed, Abang Din, Abang Akmal, Kak Lily, Kak Kema, Abang Syafiq, Abang Kamal, Pak Cik Kamal Hashim, Abang Paka, Abang Jai, Abang Jebbon, Abang Hafis, Abang William dan rakan-rakan nya, Ridhwan, Abang Mat Besi, Guide-guide yang bertugas dan abang-abang yang lain. *maaf aku lupa nama*
Kelab Pemuda Keadilan Cawangan Kumpung Durian Sebatang. |
The gangsta. Lain-lain gambar akan dimuat naik kemudian. |
Bro Syamil.. Gud job dude, nice to 'know' u..
ReplyDeleteAmbil iktibar dari gelagat insan berhampiran, sikap tidak dibentuk dlm sekejapan,
kemahiran hidup perlu diseimbangkan,
setiap insan punyai bakat dan kecenderungan berlainan..
Jika mahu menjadi orang hebat,
jangan biar kerosakan berpanjangan melarat, cegah dengan tangan jika tidak dengan iman yg kuat,
takut2 nanti semua mendapat musibat..
Sesungguhnya hidup ini singkat,
hari semalam berlalu dengan cepat,
Insan berjasa akan diangkat martabat,
Sahabat yang baik akan selalu diingat..
Mohon maaf diatas kesilapan dan kelakuan,
Hadirku sekadar tumpangan dan hidupku hanya pinjaman,
Yang baik dijadikan teladan, yang salah dan silap dijadikan sempadan,
semoga berjumpa lagi di lain pengembaraan,
kerana bukan gunung yang kita tawan... sebaliknya diri kita..
Stylo 'John' Castelo a.k.a Chef John
30 Jun 2012
specially dedicated to Syamil :D
Nice one bro.semoga sahsiah kita dibentuk dengan baik dengan pengalaman mendaki gunung ni.anyway kau sentiasa di depan.aku yg tua ni di belakang.haha.
ReplyDeleteDin aka jon snow
aku yg lg tua nih sentiasa di belakang ko Din, puiii.. hahaha
DeleteJohn Castelo
sy baca setiap baris...include time, sambil imagine keadaan kat situ especially time hujan...still pikir nak pegi ke x utk upcoming event :P
ReplyDeletesy baca setiap baris...include time, sambil imagine keadaan kat situ especially time hujan...still pikir nak pegi ke x utk upcoming event :P
ReplyDeletesebenar nya timing kteorg sedikit lambat dari plan asal atas sebab kecederaan. bila nak pergi tu? untuk elak kesejukkan tu sediakan raincoat dan sweater yg tebal dan sesuai utk hiking. hahah PENTING !
Delete