Saturday, March 12, 2011

Filem Epik Terhebat, Hikayat Merong Mahawangsa.

Hikayat Merong Mahawangsa Official Poster.





Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kau berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup dan mati bersama.



Ceritera kali ini berkisar tentang Filem Epik terhebat abad ini yakni Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).Tanggal 10 Mac 2011 tarikh keramat dimana tayangan umum HMM serentak di 62 buah pawagam di seluruh Malaysia termasuk dua di Brunei.Dan dikhabarkan HMM akan ditayangkan di 72 buah negara.Hampir 3 purnama hamba nantikan filem ini dipertontonkan kepada sekelian rakyat dan kemudian nya termakbul pada tanggal 11  Mac 2011, sehari sesudah filem ini ditayangkan.Malam yang dihiasi langit yang suram dek kerana hujan tanpa kerdipan bintang hamba dan teman seperjuangan Laksamana Amir, Matwangsa Ghaib, Putera dari Tanah Jawa Putera Alipan, Putera dari seberang prai Putera Imrang, dan juga jagoan mencucuk ProSafwan memulakan langkah maka hilanglah kami dari KSJ tepat jam 1045 menaiki kereta kuda kepunyaannya Matwangsa Ghaib menuju ke tanah yg dinamakan wangsawalk di bawa naungannya raja wangsamaju.

Antara watak yg terbabit semasa permulaan filem.
Setelah hampir dua jam hamba dan teman2 menonton HMM kami dapat menyimpulkan disini bahawa dengan ini filem HMM ini seharusnya diberikan pujian yg tertinggi sekali dari sekalian rakyat yg menontonnya.Maka HMM dengan ini telah menaikkan martabat filem Melayu pada suatu tahap yg lebih tinggi.Maka itu jika dimana diantara sekelian anda yg masih belum menontonnya haruslah menonton nya dengan segera sebagai tanda sokongan kita terhadap filem sejarah Melayu.Gempak gempita jelas terasa apabila sekelian kita berada didalam panggong tersebut menontonnya.

Pak Kesum dan Embok.
Watak Embok disini berjaya menarik perhatian hamba kerana kecomelan Ummi Nazeera jelas kelihatan disini menambahkan lagi perisa pada HMM.Menurut laman sosial facebook HMM filem ini berjaya mengutip rm500k hasil daripada jualan tiket di seluruh negara sekaligus menjadikan filem yg mengutip bayaran tertinggi sekali pada hari pertama tayangannya.Sekalungan tahniah hamba utuskan kepada KRU Studios atas kejayaan mmengutip setengah juta pada hari pertama tayangan.

Puteri Empayar China.
Puteri Meng Li-Hua berjaya muncul sebagai watak kegemaran hamba kerana kejelitaannya yg amat terkelihatan disini.

Kemawas anak didiknya Taji.

Kemawas adalah orang kanannya taji ketua lanun Geruda.Bersifat sangat antagonis dan sangat gersang orangnya.Di kepalanya hanya inginkan wanita sahaja.Hamba sangat tertarik salah satu ungkapan si mawas ini,

Kalau empangan sudah dibuka,
mana bisa tahan airnya,
  
Sambil si mawas ini cuba merogol si Puteri yg jelita itu.


KRU
Sekali lagi tahniah diutuskan kepada tiga anak muda ini dengan idea yg bernas menghasilkan HMM. :)

sekian,
Terimekasehdaonkladi.