Sunday, February 20, 2011

Malam malam yang gemilang.


Arai :)
 
Ceritera bermula pada Khamis malam, 17 Februari 2010.Malam yang tipikal seperti malam-malam sebelum.Jam ditangan menunjukkan pukul 11.15 tatkala tu aku sedar yang perut ini belum diisi lagi.Pergi class fitbeat sampai lupe nak makan.Lepas order nasi goreng ayam kat cafe tibe2 telefon bimbit berdering irama monofonik yang mengasyik kan jiwa dan raga memenuhi ruang udara cafe.Tertera di skrin Utm.mus.Beliau ajak keluar malam neh pusing2 putrajaya katanya, ramai yang turut serta tambahnya lagi.Berat rase hati ini untuk katakan tidak tetapi badan aku terasa bagai dihempap oleh semesta alam yang fana ini dek kerana keletihan yang diluar batasan pemikiran.Boleh main sk8 sekali Mus cube mngumpan aku.Ternyata umpanan nya menjadi,dengan penuh keghairahannya aku bersiap sambil meroger Syukri Harish untuk turut serta untuk sk8 jam malam jumaat yang indah nian ni.Tepat jam 12 kami memulakan langkah meredah bayu malam yang disinari cahaya rembulan ke Putrajaya.
 
Perhatikan 125 merah disana.Masih dalam pantang ya.Dara lagi :)


Ingin ditegaskan disini sekeras-kerasnya bahawa dengan ini sesungguhnya kami bukan MAT REMPIT ! haha


Wednesday, February 9, 2011

Zaman kegemilangan atau kejahilan?

CLC Official Logo.
  Ceritera kali ini membawa anda menyelami dunia silam kami suatu ketika dahulu.Kehidupan ini meninggalkan 1001 kesan yang mendalam kepada kami semua sekaligus mengubah corak dan cara kami melakon watak diri kami di dunia ini.CLC disini membawa maksud CRAZEE LEGZ COMMUNITY.Terjadinya adalah hasil daripada cetusan idea dua orang anak muda yang ingin mencari kepuasan dan kelainan dalam mempamerkan ekspresi diri mereka yang dipenuhi dengan perasaan yang membara bak api yang menyala untuk disampaikan kepada masyarakat sekitar.Pertubuhan ini bergerak secara sendirinya pada penhujung tahun 2007 dengan dipimpin oleh dua anak mude ini dan tidak mendapat sebarang pertambahan ahli.Namun usaha yang berterusan di balai raya sebelah surau membuahkan hasil.Ahli-ahli baru berjaya diserap masuk mengukuhkan lagi kekuatan pertubuhan bukan kerajaan ini bagi mencipta nama di persada dunia tarian di Seremban Negeri Sembilan pada ketika itu.Berbekalkan radio yang dibeli hasil perkongsian duit bersama kami mula mengorak langkah memperbaiki pergerakan, memperkemas rentak, untuk memenuhi kepuasan kami.Shuffle mule mendapat perhatian golongan muda di sini, dan scene manjadi semakin meriah semakin liar dan semakin rancak dengan kemunculan pertubuhan2 lain.CLC juga muncul antara pertubuhan yang terawal diperkenalkan di Seremban dan antara yang terawal mendominasi petandingan yang dianjurkan di sini.






Panglima terawal CLC.
Kami juara dan kami membiak :)
Golongan atasan.
Beberapa koleksi baju T telah dikeluarkan bagi mempromosikan perutubuhan kami dan juga untuk penyokong kami.Kami pernah dilamar oleh RTM untuk mempamer bakat yang terpadam bagi menjayakan salah satu acara anjuran RTM.Tidak ketinggalan juga kami juga berjaya memikat hati pihak pengurusan acara TM untuk persembahan di beberapa tempat dan hasilnya sangat mmeberangsangkan minda dan jiwa.Pernah juga menyertai pertadingan di Putrajaya dan berkat usaha kami berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua(top10) dimana peserta-pesertanya hadir dari seluruh pelusuk tanah air yang lebih kurang 40++ pertubuhan yang mencuba nasib disana.Cube melihat tarian(shuffle) ini di perspektif yang berbeza namun kekeringan idea mungkin membuatkan prestasi agak sedikit merudum namun tetap berada di atas garis normal dan boleh dibanggekan.Konflik dan persengketaan antara pertubuhan banyak terjadi dan menyebabkan scene di Seremban agak tegang dan renggang seketika akibat dari tindakan yang diluar kawalan dan beberapa salah paham yang berlaku.Namun perkara-perkara tersebut tidak sedikit pn menjejaskan kami bagi menghasilkan karya2 untuk dipertontonkan kepada semua.

Baju T Edisi Pertama.
Tinggal Kenangan.

Tugu Rasmi CLC  :)




Bagi merancakkan lagi seni ini kami telah berkejasama dengan KRT Taman Dusun Nyior menganjurkan satu pertandingan shuffle tertutup peringkat taman bagi mencungkil bakat2 mude untuk diketengahkan.Hasil daripada penyertaan yg memberangsangkan itu kami telah menubuhkan satu kumpulan dibawah naungan kami iaitu Crazee Shuffle Kidz (CSK).Pencapaian terbaik CSK adalah menduduki tempat ketiga dalam salah satu pertadingan yg mereka sertai.Pencapaian yg mengghairahkan bagi anak2 kecil ini(bawah 12tahun).Kemuncak kejayaan pertubuhan ini adalah apabila kami berjaya menganjurkan satu event berempena dengan satu tahun pertubuhan ini.Acara gilang gemilang itu diadakan di gelanggang badminton tertutup di komples sukan Paroi.Ramai penggiat seni shuffle hadir memberi sokongan kepada acara ini.Tiket dijual hanya pada harga rm10.Terimakseh kepada yang hadir.
  
Ulang tahun pertama.
Setelah hampir dua tahun menceburkan diri dalam dunia tarian ini kami menyepi dan mendiam.Sepi kami bermeditasi dan diam kami diam ubi berisi.Kami kembali semula pada awal tahun 2011 dengan menjaya satu persembahan untuk Cosmopoint Anual Dinner.Satu comeback daripada kami walaupun tidak menyengat seperti dahulu lagi tapi kami puas hati dan kami mahukan nya lagi.

Due anak mude.
Kisah dikongsi,
sekadar untuk diingati,
oleh kami sang perwira CLC,
Dijadikan memori,
dan dingat sampai mati,
Persoalan kepada sang perwira kami,
Kegemilangan atau kejahilan?
Tepuk dada tanya selera :)
Kepada yang membaca terimakasehdaonkladi. 

P/S : untuk resolusi gambar yg lebih besar double click pada gambar :)
gambar2 diambil dari ARKIB CLC.





Tuesday, February 1, 2011

Manifestaso Ke Ulu Yam.


Peserta Rombongan :)

Ceritera bermula di pagi 23 Januari 2011.Dalam kertas cadangan nak gerak pukul9 supaya boleh sampai awal.haha Tapi guard KEDIAMAN SISWA JAYA buat roadblock.Mereka tutup semua pintu pagar.Maka terkurung lah kami dalam ksj tuh dengan dipenuhi dengan perasaan menyirap yang amat sangat.Ini terjadi adalah kerana kehadiran AZNIL HAJI NAWAWI ke kolej kami.Felo  memerintahkan supaya tiada siapa pun dibenarkan keluar.Kami diminta pergi mendengar Aznil merepak entah ape-ape.haha Padahal khemah xpenuh pn.buat pagi pagi Ahad? luar dari kemampuan manusia biasa untuk hadir kan? haha. Kami-kami yg terperangkap tadi memang x lah nak pergi kan.Lebih lepak tepi longkang dari dengar Aznil.GERAM ! Tiba-tiba tahap kesabaran kawan-kawan yg diluar (yg amek kereta) dah sampai ke puncak angkasa.Tindakan drastik diambil, memandangkan jam telah menunjukkan pkl10.30.Kelima-lima kereta yg dijadualkan menyertai expidisi ke ULU YAM untuk mengangkut kire-kire 30 budak 1DDB/14 masuk kedalam dengan selumber wawa nyer sambil buat muke poyo depan guard yg terpakse mendiamkan diri sebab takut kene langgar.haha Kami pn berjaya keluar dari situ dalam pkl 11 kot.haha
 

Baru lepas keluar.


Setelah lebih kurang 2jam perjalanan yg sepatutnya sejam je (sesat) kami tiba ke destinasi idaman.Terime kasih kepada Putera sebagai pencari port untuk kami semua.Port yg menarik seperti tasik buat putera puteri berendam untuk kami.amikk !

Bantu.

Barang-barang yg banyak kami pikul bersama tanpa menimbulkan banyak alasan.Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Cube tengok Mahathir, beliau cube mengekal gaya posing yg unik lagi versetail dalam setiap snap.Gaya seorang bekas pemimpin negara yg berjaya disitu.haha

Masak-memasak.
Lepas dah jumpe port ape lagi, nyalakan api siapkan bara.Jam pn dah menunjukkan pkl1.Perut pn dah bagi simbol2 yg memberansangkan dengan alunan melodi indah yg terkadang boleh didengari org org sebelah.Skuad dapur pn mulelah brtungkus-lumus memanggang ape yg ade untuk santapan kami semua.Zul paling ketara disini, beliau risau ayam2 tersebut jatuh ketangan org yg xsepatutnya lantas beliau mengambil keputusan untuk menjaga dengan penuh kasih sayang kesemua ayam2 tersebut.haha Tapi lebih menghairankan mulut Zul didapati sentiasa mengunyah dengan penuh perasaan tanpa memikirkan perasaan org disekeliling beliau.Ape2 pn ribuan tahniah dan terimekasih diucapkan kepada beliau kerana berjaya mengawal keadaan yg tegang menjadi tenang, setenang air di kolam.haha

Berendam.

 Perut dah isi, hati dah senang kepala dah bes, ape lagi, mandi lah pulak.Disebabkan ramai yg dah lupe macam mane nak berenang termasuk diriku ini, kami memilih untuk mandi di bahagian yg kurang dalam lebih kurang macam kolam kanak2 lah.haha Air yg sejuk sekalisekale mengigit ke tulang temulang kami.

Wanita :)
Kaum hawa juge tidak lepas dari menyertai expidisi ini.Walaupun hanya 4org je yg berjaya diselamatkan mereka tetap memberikan 100% komitmen kepada pihak penganjur.haha


Macam ni lah rupenye bile kite oder Nazwan masak kicap.haha cukup rase lah.Tidak lupe juge bile Imran ngn Mizie borak pasal gitar sedangkan kedue-duenye bute gitar.Imran pn hanya sekadar reti main lagu happy birthday dimana semua org mesti reti main sebab boleh mainkan untuk awek bile birthday  diorang.haha (rekaan semata-mata).

Terimekasehdaunkeladi kepada yg sudi bace ceritera kali ini.Sekian, amik kau! :)

WTF Bro !