Friday, October 21, 2011

Tamat Semester

Catalyst buat aku.


Belum ada sijil. Belum berkesempatan menyarung jubah kebanggaan golongan mahasiswa. Yang pasti aku masih belum tamat menuntut disini, UTM KL. Baru sahaja selesai semester ketiga. 


Ya ! semester ketiga tahun kedua. Cepat masa berputar. Sikit tidak memberi ruang aku berangan-angan. Tak apalah, yang utama nya aku jauh dari bandar itu, kesesakan itu, kehidupan yg berlumba-lumba itu. Cuti.


Penat berusaha sepanjang semester.

*pause
mungkin
*unpause



Yang aku tunggu ini hasil nya. Kebarangkalian aku gagal memang amat tipis, malahan jika mampu dilihat ianya samar-samar sebab aku hadir kebanyakkan kuliah, ujian mahupun kuiz. Cukup untuk aku tidak gagal.


DL. Itu yang aku perjuangkan. Strategi baru sudah lama aku rencana. Peluru-peluru sudah lama tersedia dalam senapang itu dan pasti, sekarang perang sudah tamat seperti kata Malique.


Tawakal kepada Tuhan. Strategi terakhir yang harus aku teruskan sekarang. Moga Dia dengar ucapan aku kepada Nya hari-hari.


Sekarang masa menyedut nikmat cuti itu sedalamnya. Sebulan, walau bukan waktu yang lama tapi sudah cukup buat aku jauh dari kehidupan kampus yang sibuk. Aku mahu bermanja bersama keluarga. Mahu mencari wang. Mahu meluncur sepuasnya.