Sunday, December 29, 2013

Menabung.

1 hari lagi menuju tahun baru. Cuba check balik azam korang? Aku dah check seminggu lepas. Puas jugak perah kepala nak ingat. Takde pulak aku calit katmana-mana. Aku rasa ada banyak, tapi satu je aku ingat.
Azam aku tahun ni nak ada wang simpanan sendiri. Tercapai jugak. Xde lah beribu adelah dua tiga sen. Baru nak mula menabung. Terima kasih tuhan.

Salam 05.

Friday, December 27, 2013

Rekod Masa Rentis Gunung Telapak Buruk & Gunung Berembun.

The Team.

Kem Deligasi UTM 2013
14 - 15 Disember 2013

TREX SRC SRM TEAM-5 A-TEAM MARC
16 Pendaki
11 Laki-laki
5 Wanita

Sabtu 14 Disember 2013
0600 - Pekan Pantai (Solat Subuh)
0630 - Breakfast dan bertolak ke starting point.
0900 - Starting point (Jelebu). Trek jalan tar. Ada water point half way.
1210 - Puncak Telapak Buruk (3913 ft). Lunch.
1430 - Trekking ke B-24 (3.1 KM). Trek hutan.
1620 - B-24. Bangkai pesawat B-24 Liberator (1945). Solat. Water point. 
1740 - Trekking ke Gunung Berembun (4.9 KM).
1950 - Puncak Berembun (2263 ft). 
2100 - Dinner. Solat.
2400 - Selamat malam.

Ahad 15 Disember 2013
0645 - Solat.
0800 - Breakfast.
1045 - Trekking ke air terjun. Trek licin. (5.6 KM ke finishing point)
1200 - Gua Kambing. Water point.
1320 - Air terjun. Lunch.
1615 - Trekking ke Loji Rawatan Air Pantai (Finishing point).
1715 - Loji.


Campsite Berembun.
Puncak Gunung Berembun.
Bersama panji CLC.


TREX.

Gua Kambing.

Posing sebentar bersama kit-kat.

Team Sweeper.
Salam 05.


Monday, December 16, 2013

Lepas sangap.

Laptop aku tengah rosak lagi sekarang. Ye, lagi dan lagi dia rosak. Buntu jugak bila laptop rosak. Lagu-lagu pemangkin semangat xdpt diputarkan. Photoshop xdpt dijamah. Idea-idea ini terus beku dalam imaginasi aku. Tak tahu kemana nak dicurahkan. Blog susah nak dikemaskini. Sabar lah dulu ye wahai hati. Oh ye lupa nak bagitahu hujung  minggu lepas aku ke Gunung Telapak Buruk sama Gunung Berembun. Lepas sangap aku. Terima kasih tuhan.

Salam 05.

Saturday, October 19, 2013

Sangap.

Itu aku sedang berjimba bersama alam.
Aku sangat rindu nak mendaki. Gambar kat atas tu lah last time aku mendaki. Gunung Angsi.
Lepas habis diploma rasa nya. Lama nya.
Faktor kewangan. Faktor masa yang membatas kan aku sekarang.
Cuti midsem ni aku nak plan something. InsyaAllah.
Buat lepas sangap.

Salam 05.

Friday, October 18, 2013

Kolaborasi.

Somban X Rebel
Ini projek khas dari Somban Apparel dan Rebel Mediaworks buat peluncur-peluncur papanselaju di Nismilan dan Malaysia.
Akan berada di pasaran November ini. Nantikan ye.

Boleh periksa Somban Apparel disini :


Boleh periksa Rebel Mediaworks disini :


Salam 05.

Monday, October 7, 2013

Selera baru.

Terus terang nak bagitahu yang aku sekarang dah jatuh hati sama makanan spisis sushi.
Ya. Sushi. Aku rasa sushi ni lahir dekat negara nipon sana kan. Orang-orang nipon ni memang kretif dan inovatif atas ciptaan spisis makanan ni.
Sejak aku jatuh ke bumi sampai lah ke umur sekarang aku xpernah minat sama sushi. Tapi Sushi King dah berjaya mengubah selera aku. Tahniah.
Apa-apa pun engkau semua kena tahu yang sushi ni lazat jugak sebenar nya. Jadi sapa-sapa yang mempunyai latar belakang yang sama tentang sushi macam aku, aku saran kan engkau semua pergi cuba sekarang. 

Apa salah nya mencuba kan?

Salam 05.

Friday, October 4, 2013

Makan dan kenyang.

Kementerian pelajaran patut gubal satu peperiksaan baru untuk rakyat Malaysia. Dari bangku sekolah lagi. PCMM. Penilaian Cara Makan Malaysia. Buat lah exam ni ganti PMR yang dah dimansuhkan tu. Sapa xlulus jangan benarkan mereka ni makan kat luar. Saman kalau dorang degil. Sebab rata-rata rakyat Malaysia masih gagal untuk makan dengan beradab nya ketika melantak di kedai-kedai makan. Tak kisah lah kat warung bawah pokok ke, Awe tom yam ke, KFC ke, Sushi King ke, kantin Sekolah Kebangsaan Rasah Jaya ke dan kawasan2 rehat dan rawat sepanjang lebuhraya. Dari pengalaman aku berkhidmat sebagai waiter kat kedai-kedai makan ni, boleh aku katakan yang 80% dari customer memang kurang adab nya ketika makan. Sisa-sisa makan bersepah atas meja. Habuk rokok dengan putung kat bawah meja. Macam-macam lagi lah peel nya. Kesian bro, dekat waiter-waiter seluruh dunia ni. Mereka ni (termasuk aku) berkhidmat untuk membantu korang semua memenuhi kehendak nafsu makan korang. Bayangkan kedai makan tanpa waiter? Siapa nak kutip pinggan? Lap meja? Tak kan korang datang kedai nak kena lap meja sendiri kan?

Pupuk EMPATI anda pada waiter2 seluruh Malaysia ni mahupun seluruh dunia. Makan dengan beradab nya. Bersama lah kita menuju ke arah manusia yang lebih beradab ketika makan. Terima kasih.

Salam 05.

Thursday, September 26, 2013

Koleksi JK #002

Ini Aleq. Kawan dari dalam kantung ibu lagi.

Ini semua homeboy aku.

Salam 05.

Kembali

UTM Skudai dan UTM KL jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi. Bagai Blackberry dengan 3310. Semua begitu asing disini. Susah aku nak mula kan kehidupan disini. Bukan aku saja. Kawan-kawan pun sama. Kuat kan semangat. Tempuh cabaran ni. Tuhan kan ada.

Biomedical Engineering. Anatomi. Setiap inci struktur tubuh manusia yg selama ini aku hanya tahu sebut dalam bahasa kampung saja. Tapi kali ini istilah sains pula perlu aku tahu. Memang susah bagi aku yg memang langsung tiada asas biologi zaman sekolah dulu.
Kuat kan semangat. Tempuh cabaran ni. Tuhan kan ada.

Salam 05.