Sunday, February 20, 2011

Malam malam yang gemilang.


Arai :)
 
Ceritera bermula pada Khamis malam, 17 Februari 2010.Malam yang tipikal seperti malam-malam sebelum.Jam ditangan menunjukkan pukul 11.15 tatkala tu aku sedar yang perut ini belum diisi lagi.Pergi class fitbeat sampai lupe nak makan.Lepas order nasi goreng ayam kat cafe tibe2 telefon bimbit berdering irama monofonik yang mengasyik kan jiwa dan raga memenuhi ruang udara cafe.Tertera di skrin Utm.mus.Beliau ajak keluar malam neh pusing2 putrajaya katanya, ramai yang turut serta tambahnya lagi.Berat rase hati ini untuk katakan tidak tetapi badan aku terasa bagai dihempap oleh semesta alam yang fana ini dek kerana keletihan yang diluar batasan pemikiran.Boleh main sk8 sekali Mus cube mngumpan aku.Ternyata umpanan nya menjadi,dengan penuh keghairahannya aku bersiap sambil meroger Syukri Harish untuk turut serta untuk sk8 jam malam jumaat yang indah nian ni.Tepat jam 12 kami memulakan langkah meredah bayu malam yang disinari cahaya rembulan ke Putrajaya.
 
Perhatikan 125 merah disana.Masih dalam pantang ya.Dara lagi :)


Ingin ditegaskan disini sekeras-kerasnya bahawa dengan ini sesungguhnya kami bukan MAT REMPIT ! haha




Perancangan awal katanya ke Putrajaya tetapi bertukar ke Extream Park Shah Alam sebab sk8 park tu xtutup kalau Taman Cabaran Putrajaya mungkin dah tutup.Perjalan yg lemau macam biskut masuk angin ke Shah Alam sebab semua bawak motor seeelowww macam kure-kure entah kenapa, menyebabkan punggung-punggung kami kelihatan petak mengikut seat motor yg sngat petak.haha Adrenalin sangat terasa dalam jiwa ini mengalir deras, memecut pantas dalam tubuh kaku ku ini sebaik tibanya kami di Shah Alam.Entah kenapa diriku sangat merindui tempat ini dan atmosferanya yang dipenuhi rasa ghairah yg amat sampai terlupe nak reply text makwe tersyg. :P




Pool.


Penonton yg setia :)


Penuntut jurusan Mekatronik dan Mekanikal bersama.


Zul selaku bouncer kami.

Sedikit sk8 shot semasa disana.


Harish | ollie.


Saya | 5050 Grind




Setelah bertungkus-lumus memerah keringat snap gambar dan kayuh sk8board kami pn meninggalkan Extream Park tersebut.Jam 430 pagi kami mula bergerak menuju satu lagi tempat yang dikenali ramai dan sangat terkenal di Shah Alam di malam hari yakni I City.Keindahan neon yg berwarna-warni menerangi kegelapan dan kesuraman malam di I City memukau mata si pemerhati yg jatuh hati dengan panorama yg tersaji.Kretiviti manusia melangkau imaginasi 
 khalayan aku walaupun bukan kali pertama aku menjejakkan kaki.




Enam motosikal dan dua papanselaju :)




Here we are :)






Peringatan terakhir, kami bukan MAT REMPIT :)







Pkl530 pagi kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke kolej.Seribu memori tecatit tercatat mahupun terpalit jaoh di benak kepala otak kami semua.Sekian.


Terimekasehdaonkladi :)


P/s: Double click pada gambar untuk resolusi yg lebih besar.
Gambar2 yg lain korang boleh datang bilik aku bawak pendrive.haha


2 comments: