Saturday, May 28, 2011

Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya 2011

27 - 29 Mei 2011
 Ceritera kali ini, berkisar Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya.
Gah bunyi nya?Adakah sekadar indah khabar dari rupa?
Untuk kepastian itu, aku dan dua orang rakan telah memutuskan untuk meninjau keadaan disana.
Pengembaraan ke Putrajaya dari Seremban yang sepatutnya bermula pada pukul9 pagi tertunda sehingga pukul2 ptg angkara musibah yang tidak dapat dielakkan.
Namun itu tidak membantutkan rancangan kami.
Berbekalkan motosikal berkuasa kuda (haha) kami menyusuri highway PLUS menuju ke Putrajaya.


Kami ialah Powerpuff Boys :)


Ternyata himpunan ini indah khabar dan indah juga rupanya.Golongan belia bakal hulubalang pemerintah kerajaan kelihatan disana sini menjayakan himpunan ini.
Dari futsal, cubprix, sukarelawan, bungee jumping, battle of the band, cheerleading, ragbi, hinggalah ke ciptaan inovasi semua terhidang di bawah satu bumbung Putrajaya.Tidak ketinggalan konvoi2 dari kereta mewah, motosikal 500 kuasa kuda hingga lah ke basikal,
Meriah !
Perkataan yang boleh dilihat dimana anda berada di Putrajaya pada ketika itu.
Aku sempat mengambil beberapa keping gamabr sebagai kenang kenangan.






Bendera.

Fly troopers turut memeriahkan.

di hadapan Istana Kehakiman.

 
Sasuke Malaysia.





Pameran Tentenra Darat.
Antar booth yang ada.

Kebanggaan Putrajaya Palace Of Justice :)
Perhatikan langit di belakang :)



Hampir seharian kami menjelajah Putrajaya.Pelbagai karnival dan pameran tersaji.
Penat cuci mata.
Penat jalan kaki.
Penat berfoya-foya,
Penat segala,
Tibalah masa untuk membawa diri pulang ke tanah air :)

Sekian
Terimakasehdaonkeladi :)

P/s : Double click untuk tumbesaran gambar.

Motosikal berkusa kuda :)

No comments:

Post a Comment