Wednesday, February 9, 2011

Zaman kegemilangan atau kejahilan?

CLC Official Logo.
  Ceritera kali ini membawa anda menyelami dunia silam kami suatu ketika dahulu.Kehidupan ini meninggalkan 1001 kesan yang mendalam kepada kami semua sekaligus mengubah corak dan cara kami melakon watak diri kami di dunia ini.CLC disini membawa maksud CRAZEE LEGZ COMMUNITY.Terjadinya adalah hasil daripada cetusan idea dua orang anak muda yang ingin mencari kepuasan dan kelainan dalam mempamerkan ekspresi diri mereka yang dipenuhi dengan perasaan yang membara bak api yang menyala untuk disampaikan kepada masyarakat sekitar.Pertubuhan ini bergerak secara sendirinya pada penhujung tahun 2007 dengan dipimpin oleh dua anak mude ini dan tidak mendapat sebarang pertambahan ahli.Namun usaha yang berterusan di balai raya sebelah surau membuahkan hasil.Ahli-ahli baru berjaya diserap masuk mengukuhkan lagi kekuatan pertubuhan bukan kerajaan ini bagi mencipta nama di persada dunia tarian di Seremban Negeri Sembilan pada ketika itu.Berbekalkan radio yang dibeli hasil perkongsian duit bersama kami mula mengorak langkah memperbaiki pergerakan, memperkemas rentak, untuk memenuhi kepuasan kami.Shuffle mule mendapat perhatian golongan muda di sini, dan scene manjadi semakin meriah semakin liar dan semakin rancak dengan kemunculan pertubuhan2 lain.CLC juga muncul antara pertubuhan yang terawal diperkenalkan di Seremban dan antara yang terawal mendominasi petandingan yang dianjurkan di sini.






Panglima terawal CLC.
Kami juara dan kami membiak :)
Golongan atasan.
Beberapa koleksi baju T telah dikeluarkan bagi mempromosikan perutubuhan kami dan juga untuk penyokong kami.Kami pernah dilamar oleh RTM untuk mempamer bakat yang terpadam bagi menjayakan salah satu acara anjuran RTM.Tidak ketinggalan juga kami juga berjaya memikat hati pihak pengurusan acara TM untuk persembahan di beberapa tempat dan hasilnya sangat mmeberangsangkan minda dan jiwa.Pernah juga menyertai pertadingan di Putrajaya dan berkat usaha kami berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua(top10) dimana peserta-pesertanya hadir dari seluruh pelusuk tanah air yang lebih kurang 40++ pertubuhan yang mencuba nasib disana.Cube melihat tarian(shuffle) ini di perspektif yang berbeza namun kekeringan idea mungkin membuatkan prestasi agak sedikit merudum namun tetap berada di atas garis normal dan boleh dibanggekan.Konflik dan persengketaan antara pertubuhan banyak terjadi dan menyebabkan scene di Seremban agak tegang dan renggang seketika akibat dari tindakan yang diluar kawalan dan beberapa salah paham yang berlaku.Namun perkara-perkara tersebut tidak sedikit pn menjejaskan kami bagi menghasilkan karya2 untuk dipertontonkan kepada semua.

Baju T Edisi Pertama.
Tinggal Kenangan.

Tugu Rasmi CLC  :)




Bagi merancakkan lagi seni ini kami telah berkejasama dengan KRT Taman Dusun Nyior menganjurkan satu pertandingan shuffle tertutup peringkat taman bagi mencungkil bakat2 mude untuk diketengahkan.Hasil daripada penyertaan yg memberangsangkan itu kami telah menubuhkan satu kumpulan dibawah naungan kami iaitu Crazee Shuffle Kidz (CSK).Pencapaian terbaik CSK adalah menduduki tempat ketiga dalam salah satu pertadingan yg mereka sertai.Pencapaian yg mengghairahkan bagi anak2 kecil ini(bawah 12tahun).Kemuncak kejayaan pertubuhan ini adalah apabila kami berjaya menganjurkan satu event berempena dengan satu tahun pertubuhan ini.Acara gilang gemilang itu diadakan di gelanggang badminton tertutup di komples sukan Paroi.Ramai penggiat seni shuffle hadir memberi sokongan kepada acara ini.Tiket dijual hanya pada harga rm10.Terimakseh kepada yang hadir.
  
Ulang tahun pertama.
Setelah hampir dua tahun menceburkan diri dalam dunia tarian ini kami menyepi dan mendiam.Sepi kami bermeditasi dan diam kami diam ubi berisi.Kami kembali semula pada awal tahun 2011 dengan menjaya satu persembahan untuk Cosmopoint Anual Dinner.Satu comeback daripada kami walaupun tidak menyengat seperti dahulu lagi tapi kami puas hati dan kami mahukan nya lagi.

Due anak mude.
Kisah dikongsi,
sekadar untuk diingati,
oleh kami sang perwira CLC,
Dijadikan memori,
dan dingat sampai mati,
Persoalan kepada sang perwira kami,
Kegemilangan atau kejahilan?
Tepuk dada tanya selera :)
Kepada yang membaca terimakasehdaonkladi. 

P/S : untuk resolusi gambar yg lebih besar double click pada gambar :)
gambar2 diambil dari ARKIB CLC.





2 comments:

  1. persoalan KEGEMILANGAN atau KEJAHILAN
    x penting..
    PERSAHABATAN yang kita sama-sama bina yang penting..
    bende nie yang menyatukan kita semua..
    kalo xde mende alah nie kita semua x mungkin bersatu..haha :p (ayat aku plak an )..

    kepade semua yang pernah terlibat secara langsung mahupun x langsung,tidak kisah lah yang macha,gemuk,lidah pendek,kaki senget,hidung turbo,gigi power,or kaki naek tangge ke..
    jasa anda amat dihargai.. (hahaha )

    anda sume terbaek..!!
    KAWAN SELAMANYA ... :)

    ReplyDelete
  2. haha yeah CLC menyatukan kite semua :)
    ade hikmah clc neh terwujud dulu.

    ReplyDelete