Friday, December 2, 2011

Pesanan !

Satu plot kehidupan terlakar 1 Disember kali ini. Plot yg penuh hitam. Sebagai watak, dengan penuh rela aku lihat mereka tempuh. Insan penting dalam kisah mereka pulang menghadap Tuhan pencipta sekelian alam. Usia yg begitu muda, aku rasa mereka tak berhak menerima ujian sebegini rupa. Bergenang air mata memikirkan mereka. Kalau aku ditempat mereka pasti gugur tembok air mata ini. Status yatim amat pahit buat mereka.

Tapi, Tuhan maha adil. Yg pasti ada hikmah di setiap kejadian. Hanya masa yg menentukan untuk mereka. Apa terjadi, plot kehidupan mesti diteruskan. Hati yg luka itu akan mereka balut dengan kain tabah. Meraka harus tabah terus meredah terowong masa ini.

Mohd Syamir Adly,
Muhammad Nur Faiq,
Nur Yusra Zafeerah,

Ingat. Kita punya permulaan cerita kehidupan yg hampir sama.
Dari kecil kita kurang kasih nya seorang ayahanda. Dan sekarang adly faiq yaya dah hilang kasih itu. Namun kita dilimpahkan selautan kasih bonda dan nenda.

Mungkin cerita kita bermula sedikit sadis. Tapi bukan itu yg menentukan siapa kita hari esok. Cerita seterus nya yg paling utama. Siapa yg kita pilih untuk melengkapkan cerita kita ini.
Pilihan kita mesti tepat. Jangan biarkan cerita sadis terus menghitamkan plot kehidupan kita. Bina bahagia dalam cerita kita.

Ingat adik adik !
Bina bahagia dalam cerita kita.
Bahagia yg abadi bukan sementara.

"Adly Faiq Yaya belajar rajin-rajin.
jgn sia-siakan masa depan.
bila dah pandai boleh dapat kerja baik.
contoh yg buruk jgn diikut.
orang nak buat jahat biar kan kita jgn ikut."

mungkin abang xpernah nasihat sebaik ini di rumah,
tapi percaya lah ini lah maksud tersirat di sebalik semua itu.


Al-fatihah buat Arwah Ariff bin Jaafar.
Moga roh nya dicucuri rahmah Tuhan sekelian alam.

No comments:

Post a Comment