Sunday, December 18, 2011

Survivalis.

Krisis kewangan.
Kesulitan ini sememang tak akan berpisah dengan golongan seperti aku.Golongan mahasiswa.Macam aur dengan tebing.
Cuma yang membezakan diantaranya adalah jalan cerita itu sndiri.Cerita streotaip yg menjadi tunjang krisis ini adalah sikap boros tuan punya badan itu sendiri.Kurang ilmu mengurus wang barangkali.
Anak muda macam aku, menumpang hidup di kota metropolitan, pesat bangun nya dengan konkrit,ragam manusia, motokar dan tidak ketinggalan sajian hiburan nya, menjadi satu tindakan yg ekstrem untuk aku.
Not-not ringgit seakan tertampal dimana-mana di kota ini.Mata-mata rakyat disini buta kerana wang.Bahkan mahu ke tandas dikerahkan juga aku mengeluarkan kepingan syiling itu.




Wang Daun Pisang.Seribu cerita setiap keping nya.


Semua perlukan WANG ! Wang dengan aku  memang tak punya hubungan yg intim sejak azali lagi.
Ini dapat aku rasa sejak akhir-akhir ini.Semester baru bermula, bantuan biasiswa yg aku harap tak kunjung tiba.Buntu aku ingin membutuhkan kehendak nafsu muda aku ini.Aku memang sedikit boros.Aku mengaku.Tapi aku tetap ukur baju pada susuk sendiri.Parah Disember ! Mungkin lebih sadis, Disember berdarah.

Ahhhhh !

Sebagai seoarang mahasiswa yg survival aku tak mudah tunduk.Dari kecil sudah diasuh berdikari.
Tulang empat kerat masih penuh zat-zat nya.Masih tegap.
Kerja. ya !
Ada kerja, ada duit. Kawan-kawan cakap.

Terima kasih tuhan.
Not-not ringgit tadi tidak lesap terus dari kantung wang aku.Tersusun rapi mereka didalam sana menerima penghormatan dari aku.Bertapa aku menghargai mereka.
Kerja separuh masa itu menunjuk keberhasilan.
Tapi aku tetap tekad,kerja tak sekali mengganggu proses menuntut ilmu yg utama itu.

Pesan nenda penuh kasih masih hangat dalam jiwa muda ini !

5 comments:

  1. Helo, pengikut baru blog saya yang separuh tepu itu.

    Tepuk bahu anda kerana anda hebat! Bukan mudah untuk menyusun not-not bernombor pabila sudah hinggap di tangan kerana not-not itu licin macam air. Kalau tak pegang kuat, tergelincir! Berita buruk : Krisis kewangan tidak akan berhenti setakat fasa mahasiswa. Ia boleh jadi kronik di fasa menambah umat dan cubaan untuk berbahagia. P.S. Pastikan bahagia yang mahu dibeli dilabel bukan sahaja dengan mata tapi dengan jiwa.

    ReplyDelete
  2. @eskapisminda; pesanan diterima ! terimakasih !

    ReplyDelete
  3. bagus
    kau punya bakat
    tulisan kau ada jiwa, aku suka baca

    ReplyDelete
  4. satu pesanan aku.
    hapuskan word verification kau
    kerna ia sangat menyulitkan penkomen tegar, hilang selera tahu.

    ReplyDelete
  5. @Aiya hassan ; terima kasih.oh yg pesanan tu nnti aku buangkan.HAHA

    ReplyDelete